Cute Blinking Blue Cat

Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Tuesday 23 October 2012 | 4:03 pm | 0 Atasinchi
Assalamualaikum.. Ini ada satu kisah menarik yg sy nak kongsi kepada semua terutama mereka yg belum berkahwin.. Hayati perbualan yg indah ini :)

Gambar hiasan sahaja .


Satu hari nak dijadikan cerita, seorang lelaki telah datang ke rumah teman wanitanya..
Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si teruna.
Teruna  : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”
“petang ni takde mood nak keluar, Sory. Minggu depan ayah suruh hantar rombongan. 

P/S :: Walaupun ini hanya sebuah cerita, masihkan ramaikah lelaki seperti ini ? 
Cerita ini bukan daripada idea sy. Hanya menyebarkan :)
________________________________________________________________________________________
Friday 19 October 2012 | 10:44 pm | 0 Atasinchi

Assalamualaikum,,

   Rinduuu nyaa kat blogg niee!! Pelukk lame-lame :PP . Hari nie nak story pe erkkk ?? Ehemmm pikir japp.. Kayy dahh mai dahh idea.. Ermm hari ni nak bukak cite mcm mana aku boleh kenal lepastu berkawan dgn sorang budak laki nie.. Dah jadi bestfriend dah kami nie. Mmg tak disangke. Ye lah dia tu ramai org kenal. Aku ni habukk pon tarakk =='
   Orang yg aku nak cite ni nama dia Muhammad Hafizan Hakimin bin Mahadzir .. First time jumpe dia mase aku darjah 6. Masetu aku taktau pon nama dia ape, umur pon. Aku cume tgok dia je. Sbb mak aku cakapcakap dgn mak dia. Lepastu dia ade kat tepi. Hari tu ade perlawanan bola jaring peringkat ape ntah. Aku dah lupe. So aku pergi lah dekat mak aku , nak salam mintak restu. Hehehe :D
   Lepas salam,, aku tengok lah kat budak laki kat tepi tu.. Dalam hati *handsome jugakk* Hahaha. Gurau jee.. Dalam hati aku ckp apehal budak ni duk tersengihh jee.. Mmg btol pon, mse tu dia senyumm jee.. Aku pon malas lah nak pikir pape. So lepas salam aku terus blahh.. Banyak kali jugak aku nampak dia duk tepi mak dia.. Tapi aku petang-petang sibuk ngn training.
  Tutup cite zaman skola rendah.. Bile aku naik je form 1.. Awal-awal tahun tu kawan aku tak habis-habis cakap pasal budak laki yg pengawas. Masetu aku  taktau pape jugak. Ye lah, aku mane lah cam lagii.. tak kenal pon.. Last-last diaorg sendiri tunjukkan dekat aku budak laki tu.. Dalam hati aku *Eh , mcm kenal je budak ni* tapi tak ingat mane lagii.. Bile balik tu aku cari FB dia.. Stalk punya stalk baru aku ingat yg dia ni budak laki yg aku nampak mase aku darjah 6 tu.. Aku pon ADD AS FRIEND lahh .
  Aku ingat lagi. Mula-mula dia ni menyombong jugakk.. Kan aku ade add dia , dia remove aku punya friend request tuu.. Hamprak btol.. Esoknya aku pon cite lah kt kwan aku, rupenya diaorg pon kene mcm aku jugakk. Kay masetu aku dah set dlm kepale nie.. Malas aku peduli dah..  Hahaha. Tapii ntahh mcm mane lepastu kiteorg boleh jadi kwn dlm FB tu. Aku dah lupee..
  Setelah kiteorg chat sokmoo,, banyak benda jugakk dikongsinya.. Paling banyak skali pasal someone tu lah. Aku malas nak mention dlm ni.. Kalau Fizan bace maybe dia tahu sendiri  :)
Aku ingatkan kiteorg ni payah nak rapat , ye lahh aku tgk dia mcm tak layan perempuan.. Tapi hakikatnya mmg mcm tuu.. Biar je lahh.. Maybe dah Allah nak  kasi aku kawan ngn dia.. Lame-lame kenal ngn dia,, pecah perut jugak aku.. Dia ni kadang kadang banyak seloroh jugakk.. Kalau aku tak kenal dia , mmg berbeza lah pandangan aku kat dia nie.
  Time aku form 1, dia form 3. Means dia PMR victims lah mase tu.. Umur dia same ngn kakak aku. So mase result PMR kuar. Aku pon pergi lah jugak. Kasi support dkat kakak . Bile tibe time cg kasi result tu.. Aku tgk sume org nangis. Ade yg nangis sbb happy. Entah mcm mane lah aku tahun depan. Berdebar jugakk  >"<  Alhamdulillah , kakak aku dapat 4A 4B . Kire okay lah tu ade A bnyak jugakk.. PMR blom penentu sgalenya. SPM yg penting.. Fizan pulak dia dapat 8A. Alhamdulillah diucapkan..
  Lepastu aku mesej dia ucap tahniah sume tu. Aku tanyelah dia nak pindah ke takk.. Tpi dia jwb taktau lagii.. Kayy aku harap sgt mase tu dia tknak pindahh.. Sampailah masuk tahun 2012. Aku form 2,dia form 4.. Aku tanye lagi,, dia nak pindahh ke takk. Alhamdulillah dia cakap dia taknak pindahh sbb dia dah janji.. Tutup cite pasal janji tu sume.. Bukak cite lain pulakk..
  Bile masing-masing dah naik form niee , busy tak sudahh lahh.. Jangan ingat aku ngn dia ni tak pernah gaduhh.. Gaduhh tu semestinye pernahh !! Aku kot yg cari pasal malam-malam buta gituu.. Hahaha.. Kelas betol kiteorg ni gaduhh,, Nak tergelak aku sorang-sorang bile ingat balikk... Macam budak-budak je =='
  Sometimes dia ni ulat buku jugak.. Hehe . Baik ? Of coz lah dia baik sbb aku pon baik. *ignorekan* >"< Tu je aku nk describe psal dia. Yg lain simpan je. *actually malas nak taip :DD
  Persahabatan yg bermula daripada tahun lepas sampai tahun nie.. Alhamdulillah , aku harap ukhwah ni berlanjutann sampai ke tuaa . Hikhik. Aamiin .
Okayylaa,, dah banyakk dah aku cite pasal dia.. Lepas nie aku cerita pasal kawan-kawan aku yg lain pulakk. Assalamualaikum :DD

*P/S :: Ermm ,, Fizan. I'm sorry kalau aku ade buat silap ke buat kau terase ke.. Sengaja atau tak sengaja. Maafkan akuu :)




________________________________________________________________________________________
Sunday 14 October 2012 | 6:54 pm | 0 Atasinchi
Assalamualaikum w.b.t .
   Awak smua sihat ? Dah exam blom ? Bagi kakak and abang yg PMR. Esok last kan ? Buat yg terbaikk ! Minggu ni wani ade exam last year . Doakan wani tau.. Otakk dah tak larat nak masukk banyakbanyak ape yg dibace tadi so tetibe rase nak update blog plakk.. Taknakk lari dari tajuk. Wani nak share something . Mohon baca tau :DD


Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surah an-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: 

”Wahai Muaz,engkau telah bertanyakan kepada saya,perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring,dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”


Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya,maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli,maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang minum arak,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik.    
Mereka menjauhi perbuatan derhaka,mereka memelihara solat lima  
waktu,ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat,maka  inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan,kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka tegaslah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam . Maaf andaii wani ada tersilap bicara. Sesungguhnya yg baik itu dtg daripada Allah dan yg kurang itu drpd wani sendiri.. Klahh stop sini dulu. Assalamualaikum :))



________________________________________________________________________________________
Thursday 27 September 2012 | 6:15 pm | 0 Atasinchi
Assalamualaikum ,
   Haii , korang sihat ke tak ? Lau tak sihat makan lah ubat. Jgn nak liat sgt lah. Nanti masuk hospital , aku tepuk tgn je. Haha. Bile duk hospital, every second kne hidu bau ubat. Perghh . I hate it ! Okay dah-dah .
Harini aku selsema. Alahaii benci nya. Tp tak kan lah nak marah je wei. Tuhan tengah uji tahap mana iman kita nie.. Membebel banyak mana mcm penyakit tu paham kau. Lolz :pp
  Actually aku sendiri yg cari pasal. Hehehe. Minggu ni asyik hujan je. Lepastu setiap petang tu bile hujan lebat . Aku akan memulakan operasi aku. Mencari penyakit. Aku ajak adik aku main hujan. Kalau diaorg taknak main. Aku main je sensorang. Jiran aku bukan ade kat rumah pon petang-petang.. Sebab tu terserlah ketidak matangan aku tu.. Ade satu hari tu , aku nak sangat demam .* err , org taknak penyakit, aku nak penyakit, Putus fius btol lah * Ahh lupekan je. Meh aku sambung balik ayat aku tadi. Disebabkan nak sangat demam. petang tu hujan lebat. Aku pon pergi lah main.. Lepastu datang lah idea, kononnya kalau lepas main hujan kita tak mandi balik then terus tidur mungkin senang demam kot. Alahaii kolotnya otak masa tuh. Aku pon dengan bangganye berlarii dalam hujan, menjerit,pusing-pusing. Perghhh nikmatnyaa. Hahaha. Aku pon buat lah ape yg aku pikir tuhh..
  Bile aku bangun dari tido , mcm biasa je . Demam takde tapi masetu sakit tekak dah ade. Hmm tapi esoknya dah okay balik.  Okayy maybe tak betul lah idea aku tu. Balik skola , petang tu aku main lagi hujan. Hehehe. Seronoknyaa >"< Tp kali ni takde lah tdur lepas main tu. Kali ni lepas main aku terus bilas balik ngn air mandi . Pastu malam tu , rase tak best je hidung ni... Alahaii parahhh.. Selsema pulak dahh.. Nak wat cane.. Dahh terkena , redha je lahh. Hihihi . Tpi penyakit selsema lah yg leceh skali, malam-malam nak tido susahh bebb . Asyik nak terbersin jee.. *Eh , mcm mak nenek je membebel banyak-banyak mcm nie .
  Sekarang ni pon tengah hujan lebat , tpi dah malas nak main. Hidung tgh tak bestt :( Lagipon hari ni mak ayah aku ade kat umahh. Lau korang nak tahu , operasi yg aku jalankan sebelom nie time mak ayah aku takde kat umah. Hehehe.. Takpe lah, dah dpt balasan pon . Klahh aku stop dulu. Nak makan. Baiii :*




________________________________________________________________________________________
Saturday 22 September 2012 | 12:07 am | 0 Atasinchi

 Assalamualaikum & Haii .  
    Dah 2 bulan lebih aku menyepii.. Bukan menyepi sgt pon. Actually lupa password blog ni haa.. Hehehe.. Maapkan saya :D Tetibe aku muncul ni nak jugakk la sharing cite baruu.. This time nak cite pasaipa aku tulis tajuk mcm tuu lah.. 

   Kdahh takmau lari dari tajuk , lenguh nanti nak kejar. #merepek XP. Now, i want to introduce u all nie my crushh . Tanner Patrick ! Have do you know him ? If you don't know him yet. Tengok gamba kat atas tu.. Handsome tak, handsome tak ? Kan best lau jadi abang aku nie.. Tiaptiap hari buli suh ambik and hanta skola,. #blom jadi abg kandung dah kejam.. Ish~

  Previously, in accordance with the title up above i just want to remind and let you know that this handsome bro is famous through youtube. He started posting video on YouTube in August of 2011. He also known as Tanner Howe the former vocalist from Disco Curtis..

  Muke dah handsome, takkan awek takdak kot.. Of coz lah ada wahaii rakyatku sekalian . Melepas aku. Girlfriend dia ni pon lawa . Kire padan lah dgn abang aku niee.. Nama gf dia Madeline Becker lau tak silap aku. Btwy ni gamba dia :

 SATUU CUKUPP AHH ! :PPP

  Aku tak tau sangat  sejarah percintaan diaorg.. Biarkan je lahh.. Tp sweet jugaklah diaorg nie.. Nak tgk gambar diaorg ?? Scrool kay !





Aww romantissnyaa :*
  May God bless them . Peace ! Aku stop sini dulu kay.. Baii.. Here's a flying kiss from my brother




________________________________________________________________________________________
Saturday 28 July 2012 | 10:36 am | 0 Atasinchi
Assalamualaikum .
    Sihat ?? Salam Ramadhan Al Mubarak , korang dah tinggal pose blom ?? Alhamdulillah stakat ni sy tak tinggal lagi.. Hehe. Lau dah tinggal tu pandaipandailah ganti ye. Toksah wat derkk je.
Esok form 3 , form 5 ade trial erk ?? Good Luckk okay . Tahun depan turn sy plakk.. Cuakk weii..
    Tapi esok sy exam jugak. Cikgu tanak kasi ganggu budak trial so plajar-plajar yg lain ke exam jugak.. Alahh cikgu. Kiteorg bukan bising sgt pon, watpe nk suh exam. Malas lahhh.. Sy satu buku pon tak sentuh lagi. Asyikk men laptop jahh. Pagi tdi mse sy duk ckp2 ngn kakak sy ,sy tersasul ckp yg nnti sy nk update psal exam lah. Then mak terdengar dia  blas cmnie "nk update psl exam konon. Lau lps update bce buku xpe gak. Ni buku dok penoh sentuh" Ambekk kauu ! Rase mcm kne tembak ngn berdas-das peluru je.. Hehehe.. Sorryy mother , nnti orang bace la. Nk lpaskan rindu kt blog kjp niee.
    Tapi papepon harapharap leh jwb lah exam kali nie. Harap tak jd mcm exam hari tuh. Hangat-hangat tahik ayam. Klahhh nak mandii. Haha. Tengok jam bru teringat sy blom mandii. *jgn contohi sy :* Baiii
________________________________________________________________________________________
Thursday 19 July 2012 | 10:45 pm | 0 Atasinchi

Assalamualaikum n Haii sume .
     Sihat ? Puase dah dekat . Tak sabar weii.. Harap tahun nie boleh puasa tnpe sebarang penyakit.. Sy ade story nk morry sikit nie *kay ayat keling.. Haha . Story dia xde lah gempak sangat .
Nak ckp pasal sukan jep . Hari rabu 18/7/2012 , sekolah sy ade buat Sukantara . Sekolah korang ade ?? Tak de ? Kesian -.-
    Sy takk ambik gambar pon. Tp gambarnye tetap ade. Well curi org punya la. Ape lagi. Banyak gila acara-2 yg ade. Mcm lompat jauh , lari 100 n 400 meter , lempar tiub, lontar peluru n ade lagi lah.. Kay nak stop dah. Korang tengok gambar je lah. Okay ??















Lenguh weii main sukan nie. Balik rumah sy tido dari ptg smpai mlm. Hahaha. Tu je la gmbarnye. Mlas nk upload byk2. Line lembap , kan ade laptop yg pecah nanti... IGNOREKAN GAMBAR YG KORANG RASE PELIK. Kay la. Baii :D
PAST


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla ! You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
I do Heart You
_______________________________________
◕ Shout Here ◕

Put your cbox code here.

_______________________________________
◕ Sing Along ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google